Wednesday, December 28, 2016

Sekitar Majlis Perkahwinan Angah

Assalamualaikum. Hai!


Malam berinai selepas akad nikah
     Pada 9 Disember 2016 iaitu pada hari jumaat telah berlangsung upacara akad nikah kakak kedua saya yang dipanggil Angah dan pasangannya Abang Iqbal. Keluarga belah lelaki berasal dari Skudai, Johor. Majlis berlangsung secara serdahana dan walimatulurusnya pada 10 Disember 2016 iaitu pada hari Sabtu. Kendurinya diadakan di Dewan sekolah SMK Lui Barat. Alhamdulillah, selesai sudah majlis perkahwinan angah. Semoga perkahwinan ini diberkati oleh Allah swt. Inn Shaa Allah.

Cenderahati untuk tetamu
Malam berinai

Pengantin Baru dan Pengantin Lama

Orang Singapore mari!


Dewan SMK Lui Barat

Cikgu Tuisyen 2017

Assalamualaikum. Hai!


Pertamanya saya ingin memberitahu yang saya masih lagi mengajar tuisyen. Posting saya yang sebelum ini yang mengatakan kawasan mengajar saya sekitar Bandar Baru Bangi, Kajang, Putrajaya dan kawasan2 sekitarnya adalah kawasan mengajar saya yang lama. Sekarang saya tidak lagi tinggal disana kerana buat masa sekarang saya sedang menjaga ayah saya yang sedang sakit bersama mama saya.

Kawasan mengajar saya sekarang ialah sekitar Bandar Seri Jempol dan Bahau. Hal ini disebabkan kawasan tempat tinggal saya sekarang di Felda Lui Barat. Kepada ibu bapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan saya sebagai tutor. Boleh hubungi atau whatsapp saya di talian:


017-3780847

Sekali lagi diingatkan bahawa saya mengajar 3 subjek sahaja iaitu:
1. Matematik (UPSR/PT3)
2. Sains (UPSR/PT3)
3. BM (UPSR)

Boleh juga tekan butan Like di page CB Home Tuition dan boleh follow di Instagram cbhometuition.

https://www.facebook.com/cbhometuition/


Coretan Hidup Tahun 2016

     Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai!


     Kepada yang mengenali diri ini, saya minta maaf sebab lama sangat tidak update. Semangat menulis sudah berkurangan atas beberapa faktor. Antara faktornya ialah: 

1. Minat
2. Famili
3. Masa

     Sebenarnya, sepanjang tahun 2016 saya menghadapi dan memerhati pelbagai perkara yang amat sukar bagi saya. Pelbagai perkara yang telah berlaku terhadap diri saya dan keluarga.

1. Ayah sakit kencing manis
2. Mama mohon pencen awal
3. Ayong selamat melahirkan anak keduanya.
4. Angah selamat diijab kabulkan oleh pasangannya.
5. Fahmi melanjutkan pelajarannya di Selangor.

Kesemua perkara yang saya nyatakan diatas akan saya ceritakan serba sedikit apa yang telah berlaku pada ahli keluarga saya untuk pengetahuan semua yang membaca. Sudah lama tidak menaip agak kekok jari jemari. Hehe.

1. Ayah 

     Sebelum itu biar saya beritahu karakter ayah saya dengan kesihatannya. Dia seorang yang EGO. Dia memang tidak suka pergi ke hospital. Sepanjang hidupnya, dia sangat memandang remeh terhadap kesihatan. Bukannya saya nak menyalahkan ayah saya tetapi hal ini perlulah diambil iktibar pada kita semua supaya lebih bersedia pada kemudian hari.

     Sekarang umurnya hampir menjengah 60 tahun. Kesihatanya memang pada tahap yang sangat memimbangkan. Antara punca yang saya perhati ialah PEMAKANAN. Sebelum ayah saya sakit, kami diajar untuk makan apa sahaja asalkan makanan itu halal dan sedap tanpa memikirkan makanan itu berkhasiat ataupun tidak. Sekali lagi saya beritahu saya bukan salahkan ayah saya tetapi semua ketentuan ini telah ditetapkan oleh Allah swt. Jadi, saya redha.

     Ayah saya pada mulanya hanya luka sedikit sahaja di tapak kakinya tetapi disebabkan tidak mahu untuk pergi ke hospital ataupun klinik untuk check, lukanya telah merebak dan menyebabkan dia terbaring diatas katil. Hal ini berlanjutan selama 10 hari dan atas desakan mama saya untuk pergi ke klinik, dia pun pergi ke klinik di pekan kecil  Triang.
Luka dikaki ayah merebak

     Sesampainya di klinik, Dr sangat marah kerana tidak terus pergi membuat rawatan pada kakinya yang luka itu. Dr Nathan namanya merupakan specialist dalam penyakit diabietis. Lukanya telah merebak dan terus pada hari itu Dr Nathan buat minor surgery untuk buang kuman di kakinya kalau tidak kakinya akan dipotong. 

Selepas minor surgery
     Selepas pembedahan, kaki ayah kelihatan seperti berlubang dalam dan kulitnya yang meliputi lukanya sebelum ini dikorek keluar. Begitu dashyat penangan penyakit kencing manis. Jadi, kawan2 diluar sana, janganlah memandang enteng terhadap luka2 kecil ditubuh anda terutamanya di tapak kaki. Sangat merbahaya! 

     Hal ini boleh dielakkan sekiranya anda menjaga pemakanan dan membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala. Di usia yang makin meningkat lanjut, kenalah rajin makan ubat, kekuatan dan kesihatan kita akan semakin menurun apabila kita telah masuk umur 40 tahun dan ke atas.

     Sekarang ini, hampir 4 bulan setengah ayah saya tidak pergi kerja. Rawatan pada mulanya setiap hari ulang alik rumah ke klinik untuk cuci kakinya. Tapi sekarang sudah selang sehari. Sekali cuci RM50, ubat untuk 1 minggu RM325. Jadi anda boleh kira sendiri berapa ayah saya telah habis untuk rawatan kakinya sahaja, tidak termasuk lagi belanja makan dan duit minyak pergi dan balik. Mohon insaf. Kos rawatan memang agak tinggi. Disebabkan klinik ini bukan klinik yang didaftar di bawah Felda jadi segala kos ditanggung sendiri.

     Luka pada kakinya sekarang hampir pulih. Kulit baru telah menutupi daging yang terbuka. Memang mengambil masa yang lama untuk recover sepenuhnya. Kesihatan ayah saya hampir pulih sepenuhnya pada awal Disember 2016 tetapi penyakit lain pula datang.

Keadaan kaki ayah selepas 2 bulan


     Sebelum pernikahan kakak saya pada hari jumaat, pada malam tersebut ayah saya tidak boleh tidur hinggalah ke pagi. Keadaannya disedari oleh mama saya yang mana tanda2 seperti kedudukan bola mata lari dari kedudukan asal, percakapan ayah tidak jelas dan kekuatan untuk berdiri hilang kerana kakinya sudah lemah. Tanda-tanda ini merupakan tanda strok. Minor Stroke.

     Baru saya perasan bahawa ayah saya jadi begini ada 3 sebab yang kuat.

1. Makan fast food seperti McD, KFC dan MarryBrown selepas balik dari dressing
2. Tidak melakukan senaman ringan. Banyak tidur.
3. Fikir banyak perkara. Semua perkara nak diselesaikan. Kurang trust pada isteri dan anak2.



     Sekarang keadaan ayah saya masih lemah. Kepada pembaca2 yang sudi singgah di sini, doakan ayah saya supaya cepat sihat dan dapat melakukan aktiviti seharian macam biasa. Kesabaran mama saya yang saya paling tidak boleh lawan kerana apabila menjaga orang sakit umpama menjaga seperti seorang bayi. Orang yang selalu kena maki, marah dan tak boleh harap inilah yang selalu bantu ayah saya. Bukan saja menguji kesabaran fizikal bahkan mental tetapi mama saya terus bersabar. Bukan senang nak masuk syurga dengan redha suami. Inilah ujiannya.Setiap orang lain ujiannya maka beruntunglah orang2 yang sabar. Inn shaa Allah.

Sayamuatkan kisah yang lain di post saya yang seterusnya. Kalau baca panjang2 x syok jugak. Hehe. Banyak lagi nak kongsi ni. Diharap semua boleh ambil point2 yang berguna dan ini merupakan persediaan saya menjelang hari tua kelak. Inn Shaa Allah. Doakan saya.











Tuesday, September 15, 2015

Perkhidmatan Tuisyen di Rumah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pengenalan

Terlebih dahulu, saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama saya Mohamad Bukhari bin Mohd Yusoff. Saya berasal dari Jengka, Pahang tetapi sekarang menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor. Saya merupakan bekas pelajar:-

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat, Pahang
  • MRSM Muadzam Shah, Pahang
  • Kolej Matrikulasi Melaka 
dan telah melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia mengambil jurusan Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem. Sekarang saya bekerja sebagai cikgu tuisyen sepenuh masa. Anda semua boleh memanggil saya "Cikgu Bukhari" .

Pengalaman Mengajar Sebagai Cikgu Tuisyen (Tuisyen di rumah)

Seperti sedia maklum, Saya merupakan cikgu tuisyen yang bekerja secara sepenuh masa. Saya mempunyai pengalaman mengajar hampir setahun dalam industri ini. Walaupun pengalaman saya tidaklah terlalu lama berbanding tutor-tutor yang sudah lama berkecimpung dalam industri ini tetapi saya sangat berkeyakinan tinggi bahawa pengalaman yang sedikit itu membuatkan saya lebih berkeyakinan dan berani untuk tampil sebagai pendidik kepada anak-anak bangsa tercinta. Oleh itu, saya telah mengajar pelajar dalam pelbagai peringkat seperti sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara pengalaman mengajar saya adalah seperti berikut: 
  •  Mengajar subjek UPSR (Matematik dan Sains) secara part-time sepanjang waktu pengajian semester terakhir di universiti.
  • Mengajar adik semasa menduduki peperiksaan UPSR dan PT3. Di samping itu, mengajar mengaji al-Quran pada malam harinya.
  • Mengajar subjek Bahasa Malaysia pelajar tahun 4 di sekitar taman perumahan di Taman Kajang Perdana, Selangor.
  • Mengajar pelajar tahun 3 dan 5 untuk subjek KSSR (Bahasa Malaysia dan Sains) di Bandar Kinrara, Puchong.
  • Mengajar pelajar tingkatan 3 untuk subjek PT3 (Bahasa Malaysia, Sains dan Pendidikan Islam) di sekitar Sungai Ramal Baru, Kajang.
  • Mengajar pelajar tahun 6 yang menduduki UPSR 2015 untuk subjek Sains dan Matematik di Desa Pinggiran Putra, Kajang dan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.
Kawasan Mengajar

Kawasan mengajar saya adalah seperti berikut:
  • Bandar Baru Bangi
  • Kajang
  • Putrajaya
  • Seri Kembangan
  • Serdang
Kebiasaannya, cikgu tuisyen akan ke rumah pelajar terbabit untuk mengajar subjek berkaitan kerana beberapa faktor:
  1. Keselamatan pelajar
  2. Menjimatkan kos, masa dan tenaga pelajar
  3. Persekitaran di rumah pelajar lebih kondusif untuk proses pembelajaran
Oleh itu, pelajar tidak perlu bersusah payah untuk bergerak ke tempat lain dan hanya perlu bersedia dengan kehadiran cikgu untuk mengajarnya.


Subjek yang Diajar

Antara subjek-subjek yang diajar oleh Cikgu Bukhari ialah:

Bahasa Malaysia
  •  Pelajar sekolah rendah (Darjah 4,5, dan 6)
  •   Pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1,2 dan 3)
Sains
  •   Pelajar sekolah rendah (Darjah 4,5, dan 6)
  •   Pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1,2 dan 3)
Matematik
  •   Pelajar sekolah rendah (Darjah 4,5, dan 6)
  •   Pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1,2 dan 3)

Saya hanya memfokuskan 3 subjek ini sahaja untuk pengajaran dan pembelajaran saya kerana terdapat pelbagai teknik dan cara yang mudah untuk diaplikasikan dalam peperiksaan yang bakal dijawab oleh pelajar. Saya sangat berbesar hati sekiranya anda berminat untuk mengetahui cara dan teknik tersebut. Saya sangat mengalu-alukan kehadiran anda semua. Anda tidak akan menyesal kerana ini merupakan pelaburan ilmu yang sangat menguntungkan dan amat berbaloi.

Bayaran

Berikut adalah bayaran yang telah ditetapkan:
  1. Pelajar Sekolah Menengah  = RM 40/jam
  2. Pelajar Sekolah Rendah       = RM 35/ jam
Kadar bayaran yang ditetapkan mengikut bilangan jam belajar. Contohnya seperti berikut:

Sekiranya anda merupakan pelajar sekolah menengah dan ingin mengambil subjek matematik, anda perlu membayar sebanyak RM 35 sejam x 2 jam seminggu x 4 minggu. Maka bayaran yang dikenakan hanyalah sebanyak RM 280 sahaja sebulan.

Kelebihan
  1. Kaedah dan teknik yang sangat bermanfaat kepada para pelajar.
  2. Bayaran yang sangat berpatutan mengikut standard bayaran semasa.
  3. Masa yang fleksibel mengikut keseuaian masa pelajar.
  4. Pengurusan yang sistematik untuk kemudahan dan kelancaran perkembangan pelajar.
  5. Personaliti yang menarik dan sangat menitikberatkan nilai moral yang luhur dalam diri.
Hubungi Sekarang!

Boleh menghubungi saya melalui:

Telefon : 017-3780847 (Whattapss/Telegram)
Email    : bukhariyusoff92@gmail.com

Tuntutlah Ilmu Hingga Ke Liang Lahad
Mohamad Bukhari bin Mohd Yusoff
@ Cikgu Bukhari