Tuesday, September 15, 2015

Perkhidmatan Tuisyen di Rumah




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pengenalan

Terlebih dahulu, saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama saya Mohamad Bukhari bin Mohd Yusoff. Saya berasal dari Jengka, Pahang tetapi sekarang menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor. Saya merupakan bekas pelajar:-
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat, Pahang
  • MRSM Muadzam Shah, Pahang
  • Kolej Matrikulasi Melaka 
dan telah melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia mengambil jurusan Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem. Sekarang saya bekerja sebagai cikgu tuisyen sepenuh masa. Anda semua boleh memanggil saya "Cikgu Bukhari" .

Pengalaman Mengajar Sebagai Cikgu Tuisyen (Tuisyen di rumah)

Seperti sedia maklum, Saya merupakan cikgu tuisyen yang bekerja secara sepenuh masa. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 2 tahun dalam industri ini. Walaupun pengalaman saya tidaklah terlalu lama berbanding tutor-tutor yang sudah lama berkecimpung dalam industri ini tetapi saya sangat berkeyakinan tinggi bahawa pengalaman yang sedikit itu membuatkan saya lebih berkeyakinan dan berani untuk tampil sebagai pendidik kepada anak-anak bangsa tercinta. Oleh itu, saya telah mengajar pelajar dalam pelbagai peringkat seperti sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara pengalaman mengajar saya adalah seperti berikut: 
  • Mengajar subjek Matematik dan Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4 di Sg Ramal Baru, Kajang. (2017)
  • Mengajar subjek Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4 di Sungai Merab, Kajang. (2017)
  • Mengajar subjek Matematik Tambahan Pelajar Tingkatan 5 di Bukit Mahkota, Bangi (2017)
  • Membantu pelajar Tahun 6 memahami subjek Matematik untuk UPSR 2016.
  • Mengajar subjek Matematik Tahun 6 di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. (2016)
Kawasan Mengajar

Kawasan mengajar saya adalah seperti berikut:
  • Bandar Baru Bangi
  • Kajang
  • Putrajaya
  • Bandar Seri Putra
  • Semenyih
Kebiasaannya, cikgu tuisyen akan ke rumah pelajar terbabit untuk mengajar subjek berkaitan kerana beberapa faktor:
  1. Keselamatan pelajar
  2. Menjimatkan kos, masa dan tenaga pelajar
  3. Persekitaran di rumah pelajar lebih kondusif untuk proses pembelajaran
Oleh itu, pelajar tidak perlu bersusah payah untuk bergerak ke tempat lain dan hanya perlu bersedia dengan kehadiran cikgu untuk mengajarnya.


Subjek yang Diajar

Antara subjek-subjek yang diajar oleh Cikgu Bukhari ialah:

Matematik
  •  Pelajar sekolah rendah (Darjah 4,5, dan 6)
  •  Pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1,2 dan 3)
  •  Pelajar sekolah menengah (Tingkatan 4 dan 5)

Matematik Tambahan
  •   Pelajar sekolah menengah (Tingkatan 4 dan 5)

Pada tahun ini, saya hanya memfokuskan 2 subjek ini sahaja untuk pengajaran dan pembelajaran saya kerana terdapat pelbagai teknik dan cara yang mudah untuk diaplikasikan dalam peperiksaan yang bakal dijawab oleh pelajar. Saya sangat berbesar hati sekiranya anda berminat untuk mengetahui cara dan teknik tersebut. Saya sangat mengalu-alukan kehadiran anda semua. Anda tidak akan menyesal kerana ini merupakan pelaburan ilmu yang sangat menguntungkan dan amat berbaloi.

Bayaran

Berikut adalah bayaran yang telah ditetapkan:
  1. Sekolah Menengah Atas (Form 4,5):           RM 55/jam
  2. Sekolah Menengah Rendah (Form 1,2,3):  RM 50/ jam
  3. Sekolah Rendah(Year 6):                            RM 45/jam
Kadar bayaran yang ditetapkan mengikut bilangan jam belajar. Contohnya seperti berikut:

Sekiranya anda merupakan pelajar sekolah rendah dan ingin mengambil subjek matematik, anda perlu membayar sebanyak RM 45 sejam x 2 jam seminggu x 4 minggu. Maka bayaran yang dikenakan hanyalah sebanyak RM 360 sahaja sebulan.

Kelebihan
  1. Kaedah dan teknik yang sangat bermanfaat kepada para pelajar.
  2. Bayaran yang sangat berpatutan mengikut standard bayaran semasa.
  3. Masa yang fleksibel mengikut keseuaian masa pelajar.
  4. Pengurusan yang sistematik untuk kemudahan dan kelancaran perkembangan pelajar.
  5. Personaliti yang menarik dan sangat menitikberatkan nilai moral yang luhur dalam diri.

Ini adalah antara maklum balas dari pihak ibu bapa selepas bersama Cikgu Bukhari:



Hubungi Sekarang!

Boleh menghubungi saya melalui:

Telefon : 017-3780847 (WhatsApp)
Email    : bukhariyusoff92@gmail.com

Tuntutlah Ilmu Hingga Ke Liang Lahad
Mohamad Bukhari bin Mohd Yusoff
@ Cikgu Bukhari













3 comments:

  1. Salam Cikgu Bukhari. Cikgu ada kawan mengajar tuisyen di Bandar Pusat Jengka untuk UPSR? Tq!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Wsalam. Maaf sekiranya lambat membalas pertanyaan puan. Setakat tiada lagi.

    ReplyDelete